Tuesday 25 September 2012

PERPADUAN MELAYU ISLAM


PERPADUAN MELAYU ISLAM ;
SEBUAH KEMESTIAN DEMI MASA DEPAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA

Perpaduan masyarakat melayu Islam di Malaysia dilihat tidak terlalu erat berbanding dengan masa masa lalu. Sikap dan perpecahan ini dapat  dilihat dengan jelas sejak akhir akhir ini. Pemimpin-pemimpin politik sepertinya tidak lagi sayang pada istilah “sesama Islam” atau “sesama melayu”.  Hampir saban hari kita dapat mendengar dan melihat bagaimana pemimpin pemimpin politik bertelagah sesama snediri hanya kerana perebutan jawatan dalam parti hinggalah kepada  perebutan untuk menjadi calon pilihanraya.
Begitu juga perseteruan antara pemimpin politik Umno dengan Pakatan Rakyat, perseteruan ini dilihat seperti mereka sudah lupa bahawa kita semua adalah kelompok melayu Islam yang sama dan lahir di negara dan tanah air yang sama.

Idea untuk menyatupadukan masyarakat Melayu Islam di negara ini sangatlah baik, ianya boleh diawali dengan gabungan UMNO dan PAS, dalam umno dan Pas hanyalah ada masyarakat melayu Islam, justru jika kedua dua parti ini bersatu maka masyarakt melayu Islam yang sekian lama berpecah dapat disatukan.
Mungkin bagi PAS, bergabung dengan UMNO akan mengorbankan prinsip dan slogan ISLAM mereka, malah bagi PAS mereka sepertinya tidak mahu mengorbankan corak perjuangan mereka. Sedangkan apa yang patut mereka fikirkan ialah korbankan keegoan diri dan fikirkan tentang kelangsungan politik melayu Islam di negara ini untuk masa akan datang.

Sebenarnya para pemimpin PAS perlu memikirkan apakah impak terhadap masyarakat Islam di negara ini jika perbalahan dengan UMNO berterusan, apakah mereka tidak fikir bahawa kaum kaum lain di Malaysia ini akan bertepuk tangan menunggu kehancuran dan kemunduran masyarakat melayu islam di Malaysia akan bertambah parah.

Beberapa usaha mendekatkan diri telah cuba dilakukan oleh para pmimpin umno sejak beberapa tahun yang lalu namun usaha ini dilihat terhenti begitu sahaja memandangan PAS lebih suka bergabung dengan parti parti lain seperti PKR dan DAP. Sedangkan kalau dilihat secara logic apalah kepentingan secara menyeluruh untuk masyarakat Melayu Islam dapat dihasilkan secara positif jika PAS brgabung dengan PKR dan DAP.
Persatuan dan perpaduan untuk masyarakat Melayu Islam di negara ini sangat penting demi untuk masa depan anak anak mereka sendiri.  Jika parti parti yang mewakili kaum melayu Islam ini tidak bersatu dan berpecah pecah maka akan menghasilkan sebuah bangsa yang lemah dan tidak kuat.
Justru suatu usaha yang lebih gigih harus dilakukan dalam rangka menyatukan dua buah parti MELAYU ISLAM terbesar di Malaysia ini sebelum masyarakat melayu hancur dan lemah di bumi sendiri. 

-Farina Abdullah-
-P61606-

No comments:

Post a Comment